SEAFOOD AGLIO OLIO -1 hidangan
Bahan-Bahan
200gm Slim Mee Ramen, di rebus 5 minit & di tapis
50gm Cendawan Shimenji
2 sudu besar Minyak Zaitun
2 ulas Bawang Putih (di cincang halus)
50gm Cili Benggala Hijau (di hiris)
½ sudu teh Serbuk Kasar Cili Kering (Chilli Flakes)
1 sudu besar Serbuk Keju Parmesan
½ sudu teh Serbuk Kasar Lada Hitam
5 ekor Udang Segar (saiz sederhana-di hiris tengah)
1 sudu besar Serbuk Stok Ayam
Kaedah Penyediaan
1. Panaskan kuali bersama minyak zaitun di suhu sederhana. Tumiskan bawang putih dan udang sehingga separuh masak.
2. Masukkan Slim Mee Ramen dan cendawan Shimenji. Gaul sebati.
3. Pelahankan api. Masukkan serbuk kasar cili kering dan serbuk kasar lada hitam. Gaul sebati.
4. Letakkan di dalam pinggan hidangan dan tabur serbuk keju parmesan.