MEE SUP SOBBA-2 hidangan
Bahan-Bahan Sup
2 sudu besar Minyak untuk menumis
2 ulas Bawang putih (di cincang halus)
2½ cawan Stok ayam
1 inci Halia (di hiris nipis)
1 inci Batang Saderi (di hiris serong 1 inci)
1 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Kicap Kikoman
2 cubit Garam & Serbuk Lada Putih
Bahan-Bahan Tambahan
2 keping (120gm) Slim Mee Ramen, di rebus 5 minit & di tapis
30gm Cendawan Shimenji
5 biji Kacang Kara (di celur sehingga lembut)
1 inci Nurik -dihiris halus (japanese seaweed)
2 inci Lobak Merah (dihiris nipis dan dipotong memanjang)
2 biji Telur Burung Puyu (di rebus sehingga masak sepenuhnya)
100gm Isi Dada Ayam (di hiris & di rebus sehingga masak sepenuhnya)
Kaedah Penyediaan
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kuning keperangan.
2. Masukkan stok ayam, halia, batang sadri, sos tiram dan kicap kikoman.
3. Biarkan masak dan mendidih. Masukkan garam dan serbuk lada putih. Kecilkan suhu dan biarkan masak selama 10 minit.
4. Sediakan mangkuk hidangan, letakkan Slim Mee Ramen dan tuangkan sup.
5. Susun atur lobak merah, kacang kara, isi dada ayam, nurik dan telur burung puyuh serta cendawan shimenji.